Saturday, January 28, 2012

simpan dalam poket atau buang jauh-jauh :)

~assalamualaikum~

ni first time aku menceroboh blog ni. aku selalu stalk apa yang hampa semua post. semua post dalam blog ni aku baca. cuma aku tak dak kesempatan nak menceroboh dan menyemak kat blog ni.

memang pun aku tak banyak contact kawan2 gamma sejak kita habis sekolah. sorry. bukan nak lari ka apa. aku cuma ambik tempoh tenangkan diri aku since aku tak dapat course yang aku nak kat uni. seriously,aku terkilan sangat sebab dapat archi. tapi, bila makin lama, makin aku mula suka kat archi. memang pun jauh gila cita2 aku dengan apa yang aku buat sekarang.

hmm. aku ada banyak benda nak stomo (*story mory). tapi taktau boleh compact kan ka dak. haha. kalau banyak sgt pun nanti orang tak baca pulak.

firstly, aku sekarang dah sem 3 kat UIA. bulan sembilan ni dah nak start degree. kat Gombak. sekarang aku kat Centre For Foundation Studies kat UIA PJ. aku amik archi. pada awlnya, aku amik archi sbb ibu and abah aku suruh. sekarang, mula dari semalam, sbb aku amik archi tu dah tak relevan lagi. sekarang aku suka archi. dah sem 3 dah pun. tak sedar masa dah berjalan terlalu lama. aku pun terlalu bz. masa tidur pun tak menentu. sem 1 dulu, aku cuma tidur certain2 hari ja. dalam 1 atau dua jam. sekarang, tak seteruk mana lagi la, since baru masuk sem 3. hope tak la susah mana sem ni.

secondly, aku dah dapat borang streamlining untuk course under Kulliyyah Of Architecture kat Gombak nanti. kena pilih under 5 benda. 1- architecture, 2- landscape architecture, 3- urban and regional planning, 4- quantity surveyor, 5- applied arts and design. aku pilih archi for the first place. mungkin ni yang terbaik bg aku. :)

ketiga, aku rasa awkward tulis dalam blog ni since aku rasa aku ni bukan la orang yang penting sgt pun sampai nak cerita segala benda. but aku tak mau la nanti kita lost contact. walaupun aku ni macam tak berapa nak amik kisah sgt time kat sekolah dulu, tapi aku tetap sayang kawan2 aku. aku tetap akan ingat hampa semua sebagai kawan2 terbaik yang aku ada pada saat2 akhir aku kat sekolah menengah.

aku nak kita semua simpan baik2 kenangan kita kat sekolah. kenangan manis, simpan dalam poket, kenangan pahit, kita letak dalam tong sampah dekat depan aspuri tuhh. 

---> ingat tak time kita nak road relay dulu, kita buat macam2. haha. tapi takleh blah sangat sebab kita menang jugak at last walaupun kita buat latihan sekali ja.

---> ingat lagi tak, time kita check sapa dapat PLKN. haha. ada yang seronok and ada yang menangis ----------------------->>sapa taktau. haha. syafa dapat, mira dapat. wawa dapat, aku dapat, yang lain2 aku rasa tak dapat,kan?

---> ingat lagi tak time kita angkut meja dari bilik study ke 1-B-10 time nak SPM? meja tu tak muat nak masuk kot pintu tu tapi at last berjaya jugak sumbat dalam bilik tu.

---> ingat tak time SPM, kat 1-B-10 katil semua letak rapat ke locker then, angkat tilam letak bawah, jadi tempat berkubang kita.

semua tu and banyak lagi, walaupun selalu ja ada benda yang tak best jadi. aku bangga dengan hampa semua. sebab hampa berjaya naikkan nama gamma time kita nak habis sekolah dulu. cuma, time hampa amik gambar time dapat sijil tu, aku tadak. aku naik p dorm sorang2 sbb sedih bila fikir kita nak pisah and bawak haluan masing2. control la sikit, takkan nak nangis depan hampa semua kot. memalukan =='

hmm. aku rasa dah terlalu banyak aku taip. cukup la dulu setakat sekarang. nanti, bila ada masa, insyaAllah aku menceroboh lagi kat sini. apapun, doakan aku berjaya jadi arkitek terkenal.

 nanti aku tolong reka rumah hampa tau. 

doakan aku dapat course yang aku pilih tu! haha! babai  :P
~aidurrah~